Sunday, 16 October 2016

KESIMPULAN

  1. Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang agak pesat untuk memenuhi keperluan bangsa dan negara.
  2. Selepas merdeka dan sehingga masa kini, pihak kerajaan telah cuba mengubahsuai sistem yang sedia ada supaya sistem tersebut dapat mencapai hasrat membentuk sebuah negara yang boleh hidup dengan harmonis.
  3. Antara perkara-perkara yang telah dilakukan ialah :
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi di negara ini dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan serta bahasa rasmi dunia.
  • Pendidikan seumur hidup kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan khas (OKU).
  • Sekolah sebagai penyatuan masyarakat berbilang kaum.
  • Melahirkan modal insan bertaraf dunia yang produktif, progresif, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.
  • Pendidikan yang dapat melahirkan seseorang yang dapat menyumbang kepakaran kepada masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment