Assalamualaikum...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Perkembangan Sistem Pendidikan Sebelum Dan Selepas Kemerdekaan. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berkumpulan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada PN NAZELIRA BINTI A RAHIM selaku pensyarah MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat.
Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.
No comments:
Post a Comment