Sunday, 16 October 2016

PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada kitab suci al-Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membaca Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. Pada masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah kurang kompleks. Kebanyakan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani atau nelayan. Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami perubahan yang besar selepas kedatangan pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak Kolonial Inggeris telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada peringkat ini (1824-1957) Pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Sistem Pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4 sistem persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.

No comments:

Post a Comment