Sunday, 16 October 2016

CADANGAN-CADANGAN PENDIDIKAN

PENYATA BARNES , 1950
    - Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah : 
    • Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
    • Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
    • Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. 
    • Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
    • Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
    • Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
    - Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

    PENYATA FENN-WU , 1951

    -Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao ynag bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
    -Laporan ini mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina. Pandangan dan kajian lporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    • Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
    • Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
    • Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
    ORDINAN PELAJARAN , 1952

    -Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    • Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
    • Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
    -Walau bagaimanapun , Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang. 

    PENYATA RAZAK , 1956

    - Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteru Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
    - Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebaai bahasa pengantar bagi SRK. 
    - Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga menbenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    •  Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
    • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
    • Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar.
    • Sekolah-seolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
    • Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
    • Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan
    •  Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
    • Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persektuan ditubuhkan.
    PENYATA RAHMAN TALIB , 1960

    -Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:

    • Menjadi titik pemulaan ke arah pelaksanaan bhasa Malaysia sebagai bhasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Rahman Talib ialah :

    1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.
    2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
    3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hinnga umur 15 tahun.
    4. Murid naik darjah secara automatik.
    5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang.
    6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.
    7. Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.
    8. Mata pelajaran aneka jurusan di Sekolah Menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.
    JAWATANKUASA KABINET , 1974

    • Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berdisiplin.
    • Masa untuk pelajaran agama Islam ditambah dan pendidikan Islam perlu diajar di maktab perguruan.
    • Mata pelajaran aagm Islam / Tamadun Islam diajar di pusat pengajian tinggi.
    • Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam.
    • Cadangan telah diterima oleh pemerintah dan segala tuntutan menjadi kenyataan pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an.
    LAPORAN JAWATANKUASA KABINET , 1979
    • Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M (Membaca , Menulis , Mengira)
    • Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang dikehendaki.
    • Penekanan kepada kurikulum Malaya.
    • Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran iaitu akademik dan vokasional.
    • Peluang untuk meneruskan pelajaran daripada umur 9 tahun sehingg 11 tahun.
    • Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan.

    8 comments:

    1. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    2. maaf bertanya,,adakah anda sudi untuk menjadi suri hati saya ??

      ReplyDelete
    3. ops i mean, suri rumah or org pnggil maid ? 1800 SEBULAN ? OKAY TAKK

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete